• newsatmy

BERSATU Johor kecewa diperkecil UMNO




30 Mac 2021 BERSATU Negeri Johor kecewa dengan ucapan Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohamad dalam ucapan beliau di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini yang memperlekeh kedudukan BERSATU sebagai parti komponen utama kerajaan Negeri Johor.


Menurut Setiausaha Badan Pimpinan BERSATU Negeri Johor, Dato’ Dr Sahruddin Jamal, BERSATU masih merupakan parti yang mendukung kerajaan negeri ini yang membolehkan ia berfungsi dengan baik.


“Beliau juga mesti memberi tumpuan kepada agenda memerangi pandemik COVID-19 berbanding berpolitik sempit dan cuba menjadi hero di dalam UMNO.” katanya pada sidang media hari ini.


Beliau berpendapat konflik perebutan kuasa dan ego antara dua parti ini perlu diketepikan, kerana ditakuti memberi tanggapan negatif rakyat terhadap kestabilan dan kewibawaan Kerajaan Negeri Johor.


Beliau juga memberi amaran bahawa Kerajaan Negeri Johor pada ketika ini masih rapuh, berjuntai hanya pada beza dua kerusi DUN sahaja. Jikalau 2 Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bertindak untuk menarik diri daripada perikatan ini, Kerajaan Negeri Johor akan tumbang.

-PN Online