• Arissa Azman

BERSATU komited bantu penduduk Parlimen Kota Raja

6 Julai 2021

BERSATU Bahagian Kota Raja melahirkan rasa kesal kerana berterusan menerima aduan rakyat yang mendakwa tidak dibantu sepenuhnya oleh wakil rakyat kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, BERSATU Kota Raja mahu supaya wakil rakyat Parlimen Kota Raja segera menghulurkan bantuan apabila dana RM300,000 itu diterima.


Ketua BERSATU Bahagian Kota Raja, Wan Dzahanurin Ahmad berkata, penduduk setempat setakat ini telah memohon perkhidmatan BERSATU Bahagian termasuk bantuan makanan.

“BERSATU Bahagian ini menerima banyak permintaan penduduk melalui borang dalam laman google (google form) yang disediakan oleh Bahagian ini.


“Semalam sahaja kita telah agihkan 80 bakul makanan untuk penduduk yang memohon melalui google form itu.

“Agihan itu dilakukan di Kota Kemuning, Bandar Putra, Bukit Naga dan Bukit Lanchong.


“BERSATU Bahagian bersama Armada Selangor telah bertindak dan mengeluarkan peruntukan sendiri untuk membantu penduduk,” katanya.


Antara barangan dalam bakul makanan itu termasuk beras, gula, minyak masak dan makanan dalam tin.

Beliau menjelaskan, pihaknya berterusan menerima permintaan penduduk dan usaha sedang dibuat untuk memenuhi segala permintaan tersebut.


“Dalam hal ini, semua pihak tanpa mengira perbezaan politik bersama-sama membantu menyelesaikan masalah penduduk,” katanya.




--PN Online