top of page
newsatmy

BERSATU ingin berkerjasama sekadar mempergunakan UMNO -Zahid

22 Oktober-MELAKA

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulangi penjelasan parti yang diterajuinya itu yang menolak kerjasama politik dengan BERSATU.

Katanya, keputusan menolak BERSATU dibuat oleh parti dan bukan keputusan sendirian yang dibuatnya selaku presiden parti.

“Saya ulangi penjelasan UMNO menolak kerjasama politik dengan BERSATU merupakan keputusan parti.


Menurut Ahamd Zahid, BERSATU, sepatutnya sedia maklum tentang hal itu, namun menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, BERSATU cuba mengadu domba kononnya ia keputusan presiden UMNO secara bersendirian.


Ketika perjumpaan dengan jentera UMNO di Melaka, dia dilaporkan berkata “UMNO tidak akan pernah bekerjasama dengan BERSATU...noktah”

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid mempersoalkan mengapa BERSATU begitu sukar menerima hakikat bahawa ahli UMNO bertegas menolak mereka.


“Mungkinkah mereka sedar,bahawa parti mereka,BERSATU amat lemah dan akan tewas teruk sehingga begitu terdesak mahu mempergunakan ahli Umno sekali lagi seperti mereka lakukan pada PRU-14?

“Memperdaya segelintir ahli UMNOmenyokong BERSATU dengan ‘kempen’ BERSATU mahu menyelamatkan UMNO.

“Tetapi selepas apa yang rakyat alami dan saksikan selepas 9 Mei 2018, masih lakukah lakonan air mata mereka?”soalnya.


Dia juga mempersoalkan sama ada memujuk ahli Umno menyertai mereka seperti apa yang dilakukan hari ini adakah masih relevan.

“Masih relevankah pujuk rayu ke atas ahli UMNO selepas cuba membubarkan dan menghancurkan UMNO sejurus berkuasa?


Presiden UMNO itu berkeyakinan akan menang besar pada PRN Melaka.Pada pandangan beliau BERSATU sekadar parti serpihan yang serba serbi lemah, kekurangan akar umbi,kesetiaan ahli pada parti ,pemimpin peringkat bahagian mahupun negeri yang lemah serta kurang pengalaman dan perpecahan dalaman dalam parti tersebut.

Beliau berpendapat saingan utama pada PRN Melaka adalah Pakatan Harapan(PH) ,namun beliau berasa tidak gusar kerana UMNO adalah parti yang cukup berpengalaman dari segi tektikal politik dan terbukti memenangi beberapa siri pilihanraya berbanding parti Pakatan Harapan yang hanya bertahan 22 bulan menjadi kerajaan.



Kommentare


bottom of page