top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Bersatu memahami politik Sarawak – Abang Johari

29 NOVEMBER 2021

BELAGA: Bersatu memahami keadaan politik Sarawak dengan tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak malah Bersatu membuktikan semangat politik baik antara pihak berkenaan dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS).


Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan itu Bersatu dengan tidak meletakkan calon menunjukkan bahawa parti itu memahami keadaan politik di Sarawak, yakni hanya parti tempatan mengetahui kehendak dan keperluan penduduk negeri.


“Saya ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu) atas pengumuman tidak sertai PRN ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sungai Asap, Belaga di sini.


Kita (bersama Bersatu) adalah partner dalam kerajaan Persekutuan. Keputusan ini adalah semangat (politik) yang baik dalam kalangan kita.. Saya yakin mereka (Bersatu) faham politik di Sarawak, biarlah orang Sarawak yang menentukan apa yang berlaku di Sarawak dan kita (GPS) boleh menjadi partner dalam gabungan Malaysia untuk rakyat dan negara


Presiden Bersatu, Muhyiddin mengesahkan parti itu tidak akan bertanding pada PRN Sarawak pada Sabtu.

bottom of page