top of page
  • newsatmy

BERSATU Pahang sokong penuh tubuh RCI siasat LCS demi kepentingan rakyat


KUALA LUMPUR, 14 Ogos – BERSATU Pahang menyokong penuh keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal pembelian enam buah kapal projek Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS).


Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata isu itu telah mencemarkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kerana pihak berkepentingan telah mencampuri urusan angkatan tentera tanpa kebenaran YDPA.

“Ini kerana pihak berkepentingan telah mencampuri urusan angkatan tentera tanpa kebenaran YDPA, dan membuat keputusan dengan membelakangkan TLDM khususnya dari segi mendapatkanpandangan TLDM sebagai ‘end user’ iaitu menggunakan rekabentuk SIGMA berbanding GOWIND,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Saifuddin mengulas menyokong memorandum yang telah disampaikan oleh Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan kepada Setiausaha Sulit Kanan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim, pada 10 Ogos lalu.


Beliau berkata adalah lebih parah lagi apabila projek rundingan terus yang menggunakan wang rakyat sebanyak RM6.083 billion tersebut masih lagi belum menampakkan sebarang hasil.

“Ini kerana belum ada satu pun kapal yang telah diserahkan kepada pihak TLDM dan sudah pastinya semua pemegang taruh terutamanya rakyat jelata mahukan kepastian dalam natijah urusan ini.

“Atas dasar ini pihak Badan Pimpinan BERSATU Pahang menyokong penuh penyampaian memorandum oleh Wan Saiful dan menggesa agar penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) disegerakan.

“Ini supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan telus, serta demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya

bottom of page