top of page
  • newsatmy

BERSATU Terengganu positif cadangan PAS negeri guna lambang PAS pada PRU15



KUALA TERENGGANU, 29 Ogos – BERSATU Terengganu positif dengan cadangan PAS negeri untuk menggunakan lambang PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).


Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Terengganu Senator Datuk Razali Idris berkata apa yang penting, kemenangan di Terengganu pada PRU15 nanti berpihak kepada PN, sama ada penggunaan lambang PAS atau lambang PN.

“PAS negeri mencadangan penggunaan lambang PAS kerana mereka ada kajian yang detail sehingga ke akar umbi. Antara lambang PAS dan PN, mana rakyat Terengganu nak. Pada saya, yang penting PRU15 kita menang.

“Sekiranya di Terengganu kemenangan berpihak kepada lambang PAS, saya tidak teragak-agak untuk bersetuju.

“Saya letak kemenangan PN nombor satu, namun persetujuannya adalah keputusan di peringkat Pusat,” katanya kepada Penerangan BERSATU hari ini.


Beliau mengulas mengenai kenyataan Pengarah Pilihan Raya PN Terengganu yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Alur Limbat daripada PAS, Ariffin Deraman yang mencadangkan PN di negeri itu menggunakan lambang PAS dalam PRU15, ketika berucap di Konvensyen PN 2022, pada Sabtu lalu.


Ariffin berkata ia berikutan senario politik di Pantai Timur berbeza berbanding peringkat Persekutuan.


Bagi membolehkan pimpinan PN membuat keputusan berhubung cadangan itu, beliau menyarankan satu kaji selidik dijalankan untuk menilai sama ada lambang PAS atau PN yang boleh menjamin kemenangan besar di Terengganu dalam PRU-15.

bottom of page