• admin

BERSATU yakin pengundi di Pekan akan tolak UMNO


PEKAN, 16 Sept – BERSATU Pekan yakin pengundi-pengundi di kawasan Parlimen itu akan menolak Umno pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Pemangku Ketua Bahagian BERSATU Pekan, Abu Talib Muhammad berkata sambutan juga kurang terhadap penyokong yang hadir berhimpun secara aman memberi sokongan terhadap Soladiriti Najib Razak di Dataran Pekan pada 4 Sept lalu.

“Selepas dijatuhkan hukuman, baru-baru ini, sambutan solidariti sangat hambar.

“Ramai juga daripada dua atau tiga pemimpin kuat UMNO di Pekan juga mahu keluar daripada parti itu,” katanya kepada Penerangan BERSATU hari Khamis


Dalam pada itu, Abu Talib berkata sekiranya anak Najib, Datuk Mohd Nizar mahu bertanding di Pekan juga, diyakini akan kalah.


Bagaimanapun, beliau berkata peluang masih 50-50 untuk di Pekan.

Tambahnya lagi, penyokong tegar UMNO di Pekan juga banyak pengundi umur 60 tahun ke atas.


Katanya, jika pengundi muda boleh berfikir untuk mengundi nanti, tidak mustahil kerusi Parlimen Pekan bertukar milik kepada Perikatan Nasional (PN).


Beliau juga menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi BERSATU untuk tentukan sama ada partinya akan bertanding di Pekan atau tidak.