• Arissa Azman

Berteduh bawah ‘flyover’, penunggang motosikal nyaris dihempap besi binaan

26 Januari 2022

Baru-baru ini, sekumpulan penunggang motosikal berhadapan dengan detik-detik cemas apabila berteduh dari hujan dibawah flyover Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).


Ketika sedang berteduh di bawah jambatan tersebut, secara tiba-tiba sejumlah besi binaan telah jatuh dari atas dan hampir saja menimpa mereka semua.


Insiden terbabit telah dikongsikan semula oleh akaun TikTok Utusan pada hari semalam.


Berdasarkan maklumat yang didapati dari pemilik asal video itu, situasi itu berlaku ketika hujan lebat dan ianya bertempat di jalan MRR2 dari arah Ukay Perdana ke Zoo Negara.


Difahamkan juga, mujur tiada mana-mana penunggang motor yang tercedera akibat insiden itu dan kelihatan besi tersebut jatuh di laluan paling kiri, ia sekaligus menghalang pengguna jalan raya untuk mengguna bahagian kiri.


Namun, apa yang lebih membahayakan lagi adalah terdapat beberapa sisa besi yang masih tergantung di hujung flyover dan hanya tunggu masa saja untuk terjatuh.