top of page
  • cik skod

Bezzecchi raih kejuaraan sulung MotoGP


TERMAS DE RÍO HONDO, 3 April- Marco Bezzecchi meraih kejuaraan sulung MotoGP di Grand Prix Argentina yang berlangsung dalam keadaan hujan. Kejayaannya itu juga memberi kejuaraan pertama kepada pasukan Ducati yang dimiliki legenda motosikal, Valentino Rossi. Pelumba Itali, Bezzecchi menamatkan perlumbaan di hadapan pelumba Perancis, Johann Zarco dengan Alex Marquez, yang bermula di petak pertama, melengkapkan podium semua-Ducati. Bezzecchi, 24, kini mendahului kedudukan keseluruhan selepas juara dunia Francesco Bagnaia, pemenang perlumbaan pembuka musim di Portugal, terbabas dari litar sebelum menamatkan saingan di tempat ke-16. -AFP


Yorumlar


bottom of page