top of page
  • newsatmy

Big Bang ungguli carta dunia dengan 'Still Life'

6 April 2022

BIG BANG mengungguli carta di serata dunia dengan single ‘Still Life’, lagu terbaharu kumpulan K-Pop itu sejak empat tahun lalu.


Memetik laporan portal Soompi, lagu itu mengungguli dalam carta iTunes Top Songs di 33 wilayah.


‘Still Life’ juga mengungguli carta di platform penstriman muzik utama di Korea Selatan, China dan Jepun melalui Melon, QQ Music dan Line Music.

Sejam selepas single tersebut dikeluarkan, #BIGBANG_STILLLIFE menduduki tempat pertama di senarai topik sohor kini di Twitter, serta mengungguli senarai Hot Search di platform Weibo.


Dalam muzik video ‘Still Life’ yang dikeluarkan pada 5 April tengah malam waktu tempatan, setiap seorang anggota mewakili setiap musim sambil mendendangkan lagu soft rock tersebut.


Kedua-dua G-Dragon dan T.O.P. terlibat dalam mengarang lirik lagu berkenaan.

bottom of page