“Bila kes naik sibuk salahkan kerajaan” -Netizen
27 April 2021
Bulan Ramadan sudah menjelang, pasti ramai rakyat Malaysia sudah mula sibukkan diri mencari kelengkapan raya seperti baju melayu, baju kurung dan juga kuih raya.
Tempat yang dituju pastinya bazar raya dan antara bazar yang paling popular di ibu kota ialah Bazar Aidilfitri Jalan TAR yang mana kerajaan juga pada masa yang sama telah melanjutkan waktu beroperasi mereka sehingga jam 2 pagi.
Sangkaan para warga netizen meleret terhadap rakyat takut dengan Covid-19 apabila beberapa gambar dan video telah dimuat naik dan tular yang menunjukkan orang ramai sudah mula berpusu-pusu ke bazar tersebut untuk membeli keperluan diri.
Menerusi perkongsian di Twitter, orang ramai dilihat beratur panjang untuk memasuki bazaar tersebut dan ada juga membawa anak kecil tanpa memakai pelitup muka ke tempat yang sesak tersebut.
Menerusi satu video yang dikongsikan di Twitter juga, pematuhan SOP di bazar tersebut kelihatan pada paras yang sangat rendah dengan orang ramai tidak menjaga jarak fizikal antara satu sama lain dan sibuk ‘bershopping’.
Rata-rata netizen yang melihat situasi tersebut telah mengecam tindakan orang ramai yang tidak mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan.
Malah ada juga yang berpendapat, tiada gunanya kita menyalahkan ‘golongan kayangan’ kalau kita juga melakukan perkara yang sama dan bersesak-sesak di tempat awam.
"Makin naiklah kes nanti kan?" Tulis netizen di ruangan komen.
Perkara seperti ini sepatutnya tak wajar berlaku dan kita seharusnya sudah bijak menilai keadaan jika tempat sesak apa yang kita perlu buat dan sebagainya.
-PN Online
Comments