top of page
  • cik skod

Bilal menderita pikul beban 28kg


Bukan Bilal itu sahaja yang perlu menjadi perhatian ramai. Adik Mohammad Bilal Yusra Mohammad Azhar atau lebih mesra dipanggil Bilal ini juga perlukan perhatian rakyat Malaysia.

Bilal menghidap penyakit Alobar Holoprosencaphly iaitu kecacatan tempurung kepala berikutan penyakitnya semakin kronik dan kini berada pada tahap akhir dan kepalanya juga semakin membesar dengan kini mencapai berat 28 kilogram, lapor Metro.


Menurut bapanya, Mohammad Azhar Arzemi, penyakit yang dihidapi anaknya yang berumur dua tahun itu semakin membesar sehingga kini sudah mencecah berat 28 kilogram. Dia dan isteri terpaksa berhenti kerja untuk menjaga Bilal walaupun mereka mengalami krisis kewangan dan kini mereka hanya menjual barangan sejuk beku untuk menampung kehidupan mereka.


Saya pernah bekerja sebagai tukang rumah manakala isteri pembantu di klinik pakar kulit. Bagaimanapun kami terpaksa berhenti dan tidak lagi bekerja sejak Bilal lahir.”Sumber pendapatan kini hanya daripada jualan barangan makanan sejuk beku namun pendapatan kini agak teruk dan adakalanya tidak cukup. – Kata bapanya


Mereka akui mereka juga pernah menjual barangan peribadi dan barang rumah untuk membeli barangan keperluan kerana mereka malu untuk meminta sumbangan.


Azhar mengucapkan terima kasih kepada individu yang pernah menyumbang kepada keluarga mereka dan prihatin dengan keadaan Bilal dan secara langsung telah meringankan beban keluarga mereka.


Untuk yang berhasrat membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank CIMB milik Azhar, 7047468689.

bottom of page