top of page
  • newsatmy

Bintang America's Got Talent meninggal dunia akibat COVID-19

5 Disember 2021

PEMUZIK heavy metal dalam "America's Got Talent" Jay Jay Phillips dilapor meninggal dunia akibat COVID-19.


Menurut seorang ahli keluarga, Jay Jay, 30, dijangkiti virus itu bulan lalu sebelum Hari Kesyukuran, lapor TMZ.


Keluarga 'rocker' itu difahamkan telah mendesak bekas bintang America's Got Talent tersebut untuk mendapatkan rawatan, namun dia enggan dan bertegas yang dia hanya perlu banyak rehat.


Ketika mengasingkan diri selepas dijangkiti COVID-19, ahli keluarganya sentiasa bertanya khabar tentang tahap kesihatannya.


Bagaimanapun, mereka mulai bimbang apabila dia gagal menjawab panggilan selepas 24 November.


Teman wanita ditemani ibu bintang itu kemudian pergi ke rumahnya dan mendapati Jay Jay telah meninggal dunia.


Keluarga Jay Jay mengesahkan bintang itu masih belum menerima vaksin.


Difahamkan Jay Jay telah merancang untuk mendapatkan suntikan, namun terpaksa menangguhnya setelah jatuh sakit.


Lebih menyayat hati apabila bapa mendiang bintang itu juga turut dijangkiti COVID-19.


Bapa mendiang Jay Jay, yang tinggal bersama bintang TV itu sebelum kematiannya, kini dirawat dengan bantuan ventilator di hospital.

bottom of page