top of page
  • zaman

BN mahukan pilihanraya bukan untuk rakyat


KUALA LUMPUR, 13 Okt – Ucapan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini yang secara terbuka berkata kepemimpinan parti kompenan BN itu akan menghadapi perbicaraan jenayah sekiranya mereka tewas lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), dilihat sebagai pendedahan muslihat sebenar.


Ketua Armada BERSATU Malaysia, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata rakyat dan pengundi boleh nilai sendiri sebab sebenar kenapa mereka bubarkan parlimen di musim banjir.


“Bukan untuk rakyat. Hanya nak menyelamatkan tengkuk sendiri daripada terus didakwa dan dibicarakan di mahkamah,” katanya dalam reaksi ringkas di Facebook.


Bercakap pada Perhimpunan Agung MIC ke-76 pada Isnin lalu, Ahmad Zahid mendakwa, bagi mengelakkan hal itu berlaku, Zahid ‘mewajibkan’ BN untuk mencapai kemenangan dalam PRU15 nanti.


Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, BN perlu menjadi dominan dalam kerajaan selepas ini.

Ahmad Zahid juga menegaskan PRU akan datang – yang belum ditetapkan tarikhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya – adalah ‘ibu’ segala PRU di negara ini.


“Kalau kita kecundang, nasib kita lebih buruk daripada PRU14.

“Bukan saya saja kena dakwa (di mahkamah), Tok Mat (Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan), kamu dalam senarai menunggu. Tan Sri Vicky (Presiden MIC SA Vigneswaran) jangan ketawa… kamu juga termasuk. Apa lagi Datuk Seri Saravanan (timbalan presiden MIC) dan menteri sumber manusia sementara).


“(Presiden MCA dan menteri pengangkutan sementara Wee) Ka Siong? Mereka tidak akan melupakan kamu. Kamu juga akan didakwa. (Menteri pertahanan sementara) Hisham (Hishammuddin Hussein) jangan senyum.


“Bagi mengelakkan (perkara) ini, kita wajib menang dengan dominan di dalam PRU ke-15 ini saudara dan saudari,” kata Zahid dengan bersemangat.

bottom of page