top of page
  • Writer's pictureNihaba

BN dikompaun RM10,000 langgar SOP

28Oktober 2021

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dikenakan tindakan kompaun oleh Pejabat Kesihatan Kepong sebanyak RM10,000 .Kompaun itu dikeluarkan didapati Barisan Nasional telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi ketika melancarkan jentera bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam.


Notis kompaun dimuat naik Facebook kementerian kesihatan, BN dikompaun selepas gagal memastikan penjarakan fizikal .


Terdahulu, bebeapa gambar yang memaparkan BN melancarkan jentera PRN Melaka tular di media sosial,mencetuskan kemarahan orang ramai kerana menunjukkan sikap tidak peduli pemimpin parti Barisan Nasional terhadap SOP.


Majlis pelancaran jentera PRN Melaka turut disiarkan secara langsung di platofrm media sosial BN Comms dan Umno Online.


Pihak kementerian kesihatan telah menguatkuasakan larangan aktiviti perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya Melaka termasuk pelancaran jentera nermula 24 Oktober sehingga 27 November depan.

bottom of page