top of page
  • Writer's pictureNihaba

BN Hanya Juangkan ‘Muafakat’ Jika Iberi Kelebihan Politik – Hamidi

3 November 2021


SHAH ALAM: Kenyataan Tan Sri Noh Omar, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor yang mengatakan BN Selangor perlu bekerjasama dengan PAS Selangor dalam Muafakat Nasional (MN) bagi merampas Negeri Selangor dari Pakatan Harapan (PH) memperlihatkan sikap sebenar segelintir pemimpin UMNO yang ‘memperkudakan’ sentimen penyatuan.

Ketua Penerangan Bersatu Selangor, Mohd Hamidi Abu Bakar berkata, sudah tiba masanya pemimpin UMNO seperti Tan Sri Noh Omar bermuhasabah.


“Adakah fokus utama BN semata-mata mencari ‘kuasa mentadbir’ manakala penyatuan yang disebut selama ini tidak ‘seikhlas’ penyatuan sebenar orang Melayu dan Islam.

“Adakah ini strategi BN bagi memenangi pilihanraya di negeri seperti Selangor yang BN tidak boleh menang jika bersendirian?

“Hanya bersama MN di tempat yang tidak boleh menang tetapi meninggalkan MN bilamana BN boleh menang bersendirian? Jika inilah strateginya, maka keikhlasan segelintir pemimpin UMNO boleh dipersoalkan oleh rakyat,” katanya,” katanya.

Hamidi turut berkata, di negeri seperti Terengganu, pemimpin UMNO negeri tersebut menolak keras MN dan berpendapat BN boleh menang jika bergerak secara solo di sana.

Malah katanya lagi, situasi sama berlaku pada PRN Melaka yang lepas, pemimpin BN Negeri Melaka juga menolak MN dan menolak perbincangan bersama pemimpin PAS di Melaka.


“Seperti murai berkicau disiang hari, jelas dan terang bahawa BN hanya memperjuangkan ‘muafakat’ jika ianya memberi kelebihan politik kepada mereka,” katanya.

bottom of page