top of page
  • newsatmy

BN Johor terus melangkah kedepan menghadapi PRU 15 – Hasni


JOHOR BAHRU, 20 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini merupakan satu komitmen besar untuk menjayakan harapan agar BN negeri itu menjadi penyumbang besar kepada kemenangan parti di peringkat pusat.


Menurut beliau menerusi sesi libat urus bersama pimpinan pusat selama dua hari, gambaran telah diberikan bahawa harapan kepada BN negeri itu untuk menjadi penyumbang pada PRU nanti.

“Dalam sesi libat urus kita telah diberi satu gambaran oleh pucuk pimpinan bahawa pentingnya BN Johor memainkan peranan utama dan kemenangan di Johor akan memberikan kejayan bermakna kepada BN pusat.

“Apa pun menerusi sesi libat urus ini ianya memberikan peluang kepada kedua-dua pihak untuk masing-masing melontarkan pandangan dan nampaknya satu kesempatan yang amat baik malah sekaligus memperlihat kesiapsiagaan di 26 kawasan seluruh Johor,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Jentera BN Johor, di sini petang semalam.

Turut serta Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pimpinan MIC serta pimpinan BN pusat serta negeri.


26 pimpinan UMNO bahagian di Negeri Johor semalam mengadakan perjumpaan bersama kepimpinan pusat yang diketuai Timbalan Presiden UMNO yang juga Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.


Hasni seterusnya menegaskan BN negeri itu tidak akan menoleh lagi ke belakang sebaliknya akan terus bergerak ke depan bagi merealisasikan BN mencapai kemenangan pada PRU nanti.

“Kalau saya tengok bermula daripada Segamat sehinggalah ke semua bahagian…selesaikan perkara remeh-temeh dan kalau boleh kita di Johor sifar perkara-perkara sedemikian,” tambahnya.


Hasni seterusnya menambah walaupun BN Johor telah mencapai kejayaan yang selesa pada PRN yang lalu, namun perjuangan masih belum selesai.

“Betul kita menang 2/3 tetapi perjuangan belum selesai lagi dan kita akui bahawa cabaran pada PRN tidak sama cabaran dengan PRU. Mengapa kita perlu terus berjuang…kerana kita masih ada lagi tuntutan yang belum dilaksanakan sebagaimana yang terkandung dalam Ikhtiar BN.

“Apa pun saya yakin dan percaya Menteri Besar yang baru dan barisan exco akan menjayakan apa yang terkandung di peringkat negeri, namun kita perlu ada kerajaan pusat yang kuat… sebagai contoh harapan kita nak lebuhraya daripada empat laluan ditingkatkan kepada enam laluan. Kita nak maklumkan kepada kerajaan persekutuan maka itu kita perlukan kerajaan yang boleh membuat keputusan.

“Kita juga ingin minta projek infrastruktur awam lain bukan setakat lebuhraya, LRT, sama ada kompleks di Pengerang sebagai hub gas dan minyak perlu dibangunkan maka kerajaan persekutuan perlu berikan tumpuan,” ujarnya lagi

bottom of page