• newsatmy

Boleh rentas negeri bawa tanggungan untuk janji temu vaksin - Khairy

15 April 2021

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju memberi kebenaran kepada individu untuk merentas negeri bertujuan membawa tanggungan ke janji temu khususnya ibu bapa untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.


Bagaimanapun kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, kebenaran itu hanya tertakluk kepada seorang ahli keluarga sahaja.


Sebagai contoh kata Khairy, anak yang bekerja di Kuala Lumpur boleh pulang ke Rembau membawa ibu yang berumur untuk vaksinasi.



Pada Rabu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata Fasa Pertama Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 melibatkan petugas barisan hadapan perubatan dan bukan perubatan akan berakhir.


Fasa kedua akan dimulakan pada 17 April ini melibatkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi, selain orang kurang upaya.


Manakala fasa ketiga dijadualkan bermula Mei hingga Februari 2022 adalah untuk kumpulan individu berusia 18 tahun ke atas dengan sasaran 14 juta orang.


-Astro Awani