top of page
  • newsatmy

Bongkah konkrit jatuh di laluan MRR2, pemandu lori dikenakan saman

25 Mac 2021

KUALA LUMPUR : Pemandu lori yang membawa muatan sehingga menyebabkan sebongkah konkrit jatuh di jalan raya di sini awal pagi tadi dikenakan tindakan saman.


Menurut Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak, insiden tersebut berlaku di lorong tengah jalan raya Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Ampang sekitar jam 7 pagi tadi.


"Kejadian konkrit jatuh dari lori di Ampang namun tiada sebarang laporan dibuat.


"Konkrit telah dialih, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan lori yang membawa muatan telah dikenakan tindakan saman.


"Sehingga kini, lalu lintas sudah kembali lancar," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Terdahulu, SUKE Expressway menerusi perkongsian di Twitter melaporkan insiden berkenaan.


Susulan kejadian itu, lorong tengah di jalan berkenaan terpaksa ditutup beberapa waktu sehingga kerja mengalihkan bongkah konkrit selesai.


Kerja-kerja pengalihan turut menyebabkan keadaan lalu lintas sesak. - AA

bottom of page