top of page
Writer's pictureArissa Azman

Buat muzik video naik Range Rover di Padang Pasir, netizen persoal Jihad Caprice

7 September 2021

Selepas hampir tiga bulan berada di Mesir untuk menyertai misi bantuan, Caprice baru-baru ini telah memberikan hint yang dia bakal mengeluarkan sebuah lagu yang dihasilkannya di sana sebelum pulang ke Malaysia hari ini.


Menerusi perkongsiannya di Instagram, Caprice ada memuat naik beberapa klip lagu terbarunya bertajuk “Tiger of Al-Quds’ yang dijangka bakal keluar pada 10 Oktober nanti.


“Ini ke yang nak diperjuangkan?”


Pun begitu, perkongsian dari Caprice ini telah mengundang rasa kurang senang dari beberapa netizen yang merasakan perbuatan ini bertentangan dengan tujuan asal penyanyi ini yang mahu membantu penduduk di Palestin.


Selain itu, Caprice turut kongsikan yang dia bakal pulang ke Malaysia selepas hampir dua bulan setengah menetap di Jordan. Berdasarkan perkongsiannya, Caprice telah pun menaiki kapal terbang dan dalam perjalanan pulang. Namun turut kongsikan yang dia akan datang semula ke sana pada hujung tahun ini.




Untuk pengetahuan umum, sebelum ini Caprice pernah mencetuskan kontroversi selepas gagal memasuki Gaza dan turut memberi teguran kepada Ustaz Ebit Lew yang baru sahaja selesai dengan misi kemanusiaannya di Gaza ketika itu.


Kontroversi tersebut telah berlarutan hingga ramai diminta untuk memberikan keterangan kepada pihak polis.

Comments


bottom of page