• admin

Bubar Parlimen tempoh terdekat tidak wajar – Hadi

4 Okt

PAS berpandangan pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat adalah tidak wajar dan tidak perlu disegerakan, Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang.


Beliau menegaskan, ia mengambil kira faktor pemulihan ekonomi dan jangkaan musim tengkujuh yang menyukarkan rakyat serta jentera kerajaan.


‘’ Pas berpendirian dalam apa jua keadaan, kepentingan negara dan rakyat hendaklah didahulukan, di samping langkah-langkah pemulihan ekonomi yang perlu terus disokong, khususnya melalui Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau juga turut menegaskan, Pas tetap akan meneruskan perbincangan dan rundingan dengan semua pihak (parti politik, NGO, ahli akademik, tokoh masyarakat) ke arah menjayakan agenda perpaduan ummah.


‘’Ia,bagi mencapai titik persamaan dan mengelakkan pertembungan sesama sendiri, sekali gus mengalahkan Pakatan Harapan,’’ katanya.


Kenyataan Abdul Hadi berhubung kedua-dua isu menarik perhatian memandangkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) harus diadakan pada tahun ini.


Manakala dalam soal perpaduan ummah, Pas dilihat berhadapan dengan cabaran memandangkan pertembungan antara UMNO dan Bersatu.