top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Bung Moktar dapat passport ke Timur Tengah

10 NOVEMBER 2021

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin telah diberikan kebenaran sementara untuk mendapatkan passportnya kembali dari 10 November hingga 22 November.


Bung dilaporkan diberi kebenaran itu atas urusan perniagaan di Timur Tengah.


Peguam Bung, Teh See Khoon turut mengesahkan bahawa perjalanan itu adalah untuk tujuan perniagaan sambil menambah bahawa pihak pendakwaan tidak membantahnya.


“Dibenarkan, dari 10 hingga 22 November,”tambah Teh.


Sebelum Bung, terdahulu bekas Perdana Menteri yang terpalit dakwaan kontroversi 1MBD dan SRC, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut diberikan kebenaran menggunakan passport mereka untuk melawat anak mereka yang melahirkan di sebuah hospital di Singapura.

bottom of page