top of page
  • newsatmy

Bursa AS ditutup tinggi, angka inflasi tinggi

14 April 2021


Saham di pasaran Amerika ditutup tinggi dalam dagangan Selasa selepas pelabur mengambil kira perkembangan terkini berkenaan vaksin Johnson and Johnson dan kadar inflasi Amerika yang kukuh.


Menurut laporan Reuters, saham Johnson and Johnson jatuh lebih 1 peratus selepas penggunaan vaksin keluarannya ditangguhkan susulan pembekuan darah yang dialami enam wanita.


Indeks Dow Jones pula jatuh 68 mata, Indeks S and P 500 naik 13 mata dan Nasdaq naik 146 mata.


Dalam masa yang sama, pelabur turut membeli bon perbendaharaan, menolak turun hasil susulan kadar faedah dijangka kekal rendah untuk tempoh lama.


Menurut pakar strategi pelaburan yang dipetik Reuters, berita berkenaan vaksin Johnson and Johnson dijangka memberikan ketidaktentuan jangka pendek.


Namun menurutnya, pelabur dijangka kekal percaya dalam pemulihan ekonomi.


Pelabur akan memberi perhatian kepada keputusan korporat Goldman Sachs, JP Morgan dan Wells Fargo yang akan diumum lewat hari ini. -Astro AWANI


bottom of page