top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Cabaran muka baru menggusarkan Khaled di parlimen Pasir Gudang

13 September 2021

JOHOR BAHRU: Khaled Nordin, mantan Menteri Besar Johor yang telah kalah semasa PRU 14 yang lalu kemungkinan akan mendapat tentangan yang hebat pada PRU 15 akan datang dari muka baru Mohamad Farid Abdul Razak iaitu Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Pasir Gudang.


Khaled yang telah kalah kedua-dua kerusi Parlimen dan DUN di Pasir Gudang pada PRU 14 jelas rakyat telah menolak kepimpinan beliau di Parlimen Pasir Gudang.


Penampilan Farid Razak sebagai muka baru dan kepimpinan generasi muda bagi menganti genarasi lama politik tanah air adalah di nanti-nantikan oleh pengundi pada PRU 15 yang inginkan nafas baru dalam dunia politik tanah air.


Farid Razak juga adalah anak tempatan di Parlimen Pasir Gudang yang sangat di kenali oleh penduduk Pasir Gudang di atas keprihatin beliau terhadap permasalahan rakyat di Pasir Gudang.


Oleh itu kegusaran yang dihadapi oleh Khaled Nordin jelas apabila desas-desus kemungkinan beliau tidak akan bertanding di Parlimen Pasir Gudang kerana tidak mendapat sokongan yang kuat dari pengundi Pasir Gudang bagi memenangi Parlimen Pasir Gudang pada PRU 15 akan datang dan akan bertanding di Parlimen yang dirasakan beliau boleh menang.


Rakyat telah sedar ke mana pun beliau akan bertanding selepas ini rakyat akan tetap tolak beliau dan rakyat tidak perlukan lagi pimpinan seperti beliau ada dalam negara ini.


Khaled juga antara yang lantang mengkritik kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Tan Sri Muhyiddin mentadbir negara dan ia adalah kerana untuk menutup kelemahan beliau yang jelas telah ditolak oleh rakyat.

bottom of page