top of page
  • admin

Cadangan penubuhan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini


KUALA LUMPUR, 19 Feb- Cadangan penubuhan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia dijangka dibentangkan dalam persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini selepas mendapat kelulusan Kabinet serta pengurusan tertinggi. Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata, cadangan itu kini dalam peringkat sesi libat urus bersama agensi berkaitan bagi membincangkan pelbagai aspek perundangan yang berkaitan. Beliau berkata, sekiranya perlu untuk mewujudkan suruhanjaya itu, ianya dijangka akan mengambil masa setahun atau dua tahun. Bagaimanapun, fungsi atau bidang kuasa tugas untuk mengawal keselamatan siber akan diteruskan oleh badan seperti CyberSecurity Malaysia.


Fahmi berkata demikian selepas menghadiri Majlis Khatan Perdana Parlimen Lembah Pantai. Pada Januari lepas, Fahmi dilapor berkata, KKD berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia sebagai langkah memperkukuh keselamatan siber di negara ini.

Selain itu, Fahmi juga berhasrat untuk mengkaji semula dasar kriptografi negara untuk memperkemas semula aspek keselamatan data. Katanya, kriptografi melibatkan penyulitan yang merupakan kunci keselamatan data. Ketika ini, negara-negara lain telah mula melaksanakan dasar baharu melibatkan kriptografi kuantum iaitu bidang matematik yang lebih meluas.

bottom of page