top of page
  • admin

Calon PN guna logo PAS di tiga negeri


KUALA LUMPUR, 16 Okt- PAS sentiasa terbuka untuk berunding dengan UMNO sekiranya parti itu ingin menjalinkan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Tegas beliau, PAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk memutuskan hubungan bersama parti berkenaan.


Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang juga hanya mempereratkan lagi hubungan dalam Perikatan Nasional (PN) tetapi tidak pernah menyatakan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan UMNO.


"Kalau perhati betul-betul kenyataan daripada Presiden PAS, tidak ada sebab apabila kita menyebutkan penyatuan ummah, bererti (kita) tidak boleh bermusuh. Walaupun tidak boleh berkawan (sebagai satu gabungan parti) tetap tidak boleh bermusuh. "Ya kita bersedia, kami sentiasa terbuka untuk sebarang rundingan atau perbincangan pada bila-bila masa," katanya. Ketika ditanya mengenai adakah PAS terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), beliau berkata parti itu mengekalkan pendirian untuk tidak mempunyai “hubungan” dengan parti itu pada PRU15. Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai penggunaan logo pada PRU15, Takiyuddin berkata calon bertanding termasuk calon PN bagi ketiga-tiga negeri yang ditadbir PAS iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah akan menggunakan logo PAS.


"Setakat ini kita telah mendapat ‘sort of’ lampu hijau daripada PN untuk PAS menggunakan logo PAS iaitu bulan, di negeri negeri yang ditadbir oleh PAS iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah. Setakat ini, itulah yang diterima dan dipersetujui. "Rasional PAS meminta penggunaan logo itu dan bagi saya, mungkin tidak ada masalah. Jadi maknanya semua calon-calon PN akan menggunakan logo PAS. Kalau itu yang dimuktamadkan. Tidak boleh satu negeri ada logo PAS, ada logo Bersatu kerana kalau ikutkan PN ini adalah satu parti campuran," katanya yang turut memaklumkan ia bagi mengelakkan kekeliruan kepada rakyat. Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai pengagihan kerusi, Takiyuddin berkata perkara itu akan dimuktamadkan beberapa hari sebelum penamaan calon. - BERNAMA

bottom of page