top of page
  • newsatmy

Canggih memberi diskaun 30 peratus

23 Febuari 2021


SHAH ALAM - Pengilang dan pembekal pakaian seragam sekolah berjenama Canggih, My-Sutera Sdn Bhd menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus bagi pembelian barangan sekolah melalui platform dalam talian miliknya, schoolmall.com.my.


Canggih memaklumkan, potongan harga itu ditawarkan untuk pembelian barang sekolah di laman web berkenaan bermula 21 Februari hingga 10 Mac 2021. Pembeli hanya perlu memasukkan Promo Kod ‘Canggih30’ apabila membuat pembelian.


“Platform berkenaan memberikan kemudahan kepada ibu bapa untuk menyediakan persiapan persekolahan anak mereka.


“Canggih amat memahami kesusahan ibu bapa yang sedang sibuk memastikan persiapan untuk anak-anak yang bakal memulakan sesi persekolahan pada bulan Mac dan April. Pastinya, pakaian seragam sekolah adalah keutamaan,” kata Canggih dalam satu kenyataan pada Isnin.


Katanya, Canggih mula menjual produknya secara dalam talian pada tahun 2017 dan seterusnya mengorak langkah membangunkan satu ‘Pasar Jualan’ secara dalam talian yang dikenali sebagai schoolmall.com.my pada tahun 2020.


“Ia merupakan satu platform menempatkan pelbagai vendor yang membolehkan ibu bapa membeli pelbagai keperluan persekolahan anak-anak mereka secara dalam talian,” katanya.


Canggih berkata, antara barangan yang ditawarkan di platform itu ialah pakaian sekolah dan kokurikulum, buku sekolah daripada penerbit terkenal, kasut sekolah, beg sekolah dan pakaian sukan.


“Platform ini juga menyediakan keperluan pelajar Muslim seperti telekung, jubah, botol air dan bekas makanan, alat tulis dan sebagainya yang memenuhi permintaan pelanggan,” katanya.


Canggih berkata, platform dalam talian itu juga menawarkan pelbagai kategori barangan keperluan persekolahan yang lengkap untuk pelajar memulakan persekolahan pada tahun baharu.


“Kami menawarkan harga barang sekolah yang berpatutan, diskaun yang menarik dengan memberikan ‘harga runtuh’ sebagai promosi besar-besaran bagi tempoh tertentu seperti musim ‘Kembali Ke Sekolah 2.0’,” katanya.


Menurut Canggih, orang ramai tidak perlu risau mengenai penghantaran barangan yang dibeli secara dalam talian kerana Canggih akan menghantarnya.


“Dalam keadaan pandemik Covid-19, ibu bapa tidak perlu mengambil risiko membawa anak-anak dan bersesak-sesak di pusat membeli-belah atau kedai-kedai untuk membeli keperluan sekolah.


“Mereka boleh membeli barang sekolah dan pelbagai produk jenama Canggih yang sangat berkualiti dan terkenal sejak 25 tahun lalu,” katanya. - Sinar Harian.

bottom of page