top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Cardi B dan Offset umum kelahiran cahaya mata kedua

7 September 2021

PENYANYI rap Cardi B dan Offset mengumumkan kelahiran anak kedua mereka, seorang bayi lelaki.


Artis yang terkenal dengan lagu 'WAP' memaklumkan perkara itu sebuah foto di akaun Instagram miliknya awal pagi Selasa.


Foto berkenaan menunjukkan Cardi B sedang mendukung seorang bayi bersama suaminya dengan catatan "9/4/21" bersama tiga emoji.


"Kami sangat teruja untuk bertemu bersama anak lelaki kami.


"Kami tidak sabar untuk memperkenalkannya kepada adik-beradik dia yang lain," pasangan itu beritahu portal berita People.


Cardi B, 28, dan Offset, 29, berkahwin pada 2017 dan menimang anak pertama mereka, seorang perempuan, Kulture setahun selepas itu.


Cardi B atau nama sebenarnya, Balcalis Almanzar, mengumumkan kehamilan keduanya itu pada Jun lepas.


Offset, atau nama sebenarnya, Kiari Cephus, mempunyai tiga anak daripada perkahwinannya sebelum ini.

bottom of page