top of page
  • cik skod

Carian......Empat negeri jadi lokasi perintis tayangan skrin besar Liga Super


PUTRAJAYA, 2 Mac- Empat negeri menjadi lokasi perintis program tayangan skrin besar sempena perlawanan Liga Super 2023 hasil kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).


Penganjuran Program Skrin Besar di Terengganu, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Kedah dipilih susulan sambutan hangat masyarakat setempat semasa perlawanan bola sepak Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 dan Piala Dunia Hoki 2023 baru-baru ini.


Menurut Menteri Belida dan Sukan Hannah Yeoh, "bulan Mac kita hanya buat empat kerana kita ada sidang Parlimen yang sedang berjalan, jadi KBS agak sibuk bulan ini.


"Tetapi kita usahakan yang terbaik jadi bulan-bulan yang akan datang. Kita tengok juga bulan Ramadan, hari raya, kita bincang lokasi ini antara KBS dan MFL."


Bagi Presiden MFL Datuk Ab Ghani Hassan, "di peringkat percubaan, permulaan dia mungkin bukan empat tetapi lapan.


"Jadi KBS sebenarnya cuba untuk menarik rakyat dan penyokong bola sepak selain memberi peluang dan ruang untuk mereka," katanya di sini.


Lebih 16 juta rakyat Malaysia adalah peminat bola sepak, ia pasti akan menjadi salah satu medium baharu dalam mempromosi dan menarik lebih ramai rakyat negara ini untuk menyokong kelab-kelab Liga Malaysia.

bottom of page