top of page
  • admin

Pasukan SAR Malaysia di Turkiye pulang, dijangka tiba Khamis ini


GAZIANTEP, 21 Feb- Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara yang berkhidmat di Turkiye mula meninggalkan Nurdagi bermula petang Selasa. Kumpulan pertama seramai 70 individu bersama dua ekor anjing pengesan akan menaiki penerbangan ke Istanbul dan dijangka tiba di Kuala Lumpur Khamis ini pada pukul 12.20 tengah hari. Ketua Pasukan MAS-10, Abdul Manaf Che Isa berkata Pasukan MAS-10 terdiri daripada anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam


"Pasukan yang akan kembali ke tanah air adalah pasukan MAS-10 seramai 70 orang termasuk dua ekor anjing akan membuat persiapan akhir untuk meninggalkan pangkalan ini dan menuju ke Gaziantep seterusnya ke Istanbul bagi menjalani pemeriksaan kesihatan," katanya ketika ditemui pemberita. Turut pulang bersama kumpulan berkenaan tiga pengamal media dari RTM dan BERNAMA. Mereka merupakan pasukan kedua yang di hantar bagi membantu kerja-kerja SAR mangsa gempa bumi di Selatan Turkiye.

bottom of page