top of page
  • zaman

Carian......Pemain industri digalak bangun, promosi industri gentian kenaf


KUALA LUMPUR, 3 April- Kerajaan sentiasa mengalu-alukan usaha pemain industri dalam membangun, menambahbaik kualiti serta mempromosi industri gentian terutama kenaf.


Menurut Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching, usaha itu mampu mengembangkan semula kenaf ke pasaran antarabangsa menjelang tahun 2030.


"Kementerian Perladangan dan Komoditi KPK menerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara sentiasa komited dalam menggalakan kerjasama strategik yang diterajui oleh industri serta menyasarkan kerjasama tempatan dan antarabangsa.


"Perkara ini menjadi hala tuju utama dalam Dasar Agrikomditi Negara 2030 untuk menggiatkan industri gentian berasaskan tumbuhan,"katanya.


Beliau memaklumkan kepda Dewan Negara, pasaran kenaf telah diperluas ke negara China, Korea Selatan dan Thailand bermula tahun 2016.


Namun bagi memenuhi keperluan tempatan, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara tidak lagi mengeksport kenaf bermula tahun 2019.


Usaha memperkenalkan semula produk kenaf ke pasaran global sudah menunjukkan petanda baik selepas syarikat tempatan iaitu Kenaf Venture Global telah menjadi rakan strategik syarikat Wolfburg dari Jerman dalam aplikasi kenaf dalam automotif bermula tahun lalu.


Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Ahmad Datuk Sri Ibrahim

bottom of page