top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Che'Gu Bard beri keterangan berkenaan video kerajaan Pulau Pinang ditipu

20 Jun 2021

Kira kira jam 3 petang semalam Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikemali dengan nama Che'Gu Bard telah hadir ke IPD Wangsa Maju bagi rakaman percakapan.


Difahamkan satu laporan polis dibuat ke atas beliau oleh anggota polis di JSJ Kormersial Bukit Aman.


Laporan polis atas posting beliau bertarikh 20 Mei dimana beliau membuat posting dengan memuat naik video sidang media Khairy Jamaluddin, selaku Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang beliau sekalikan disebelahnya video Chow, Ketua Menteri Pulau Pinang yang mana Khairy Jamaluddin berjaya membuktikan Kerajaan Pulau Pinang ditipu.


Sebelum itu, kerajaan Pulau Pinang dan Anwar bersungguh menyerang Kerajaan Pusat sebagai gagal dan seolah niat jahat halang kerajaan negeri dari bawa masuk vaksin sendiri.


Khairy Jamaluddin berjaya buktikan syarikat yang konon nak sumbang vaksin ke Pulau Pinang bukan sahaja tidak membuat sebarang tempahan malah syarikat itu sendiri dipertikaikan kewujudannya.

Jelas posting tersebut menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat dan membantu keharmonian.


"Pelik pula polis Bukit Aman boleh lapor kononya posting itu berniat jahat dan bertujuan memecah belahkan dan mengancam keharmonian,


"Adakah ada agen-agen kerajaan dahulu atau ciri daulah terpendam, atau pegawai tersebut buat laporan polis dalam keadaan mengantuk dan gagal fahamkan konteks posting tersebut,


"Apa pun sebagai warga bertanggungjawab saya penuhi keperluan rakaman percakapan tersebut," ujar beliau menerusi posting Facebook nya.



--PN Online

bottom of page