top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Chelsea mara ke final Piala Liga

13 Januari 2022

CHELSEA menewaskan seteru London, Tottenham Hotspur 1-0 hasil jaringan Antonio Rudiger pada separuh masa pertama untuk melengkapkan kemenangan agregat 3-0 pada separuh akhir Piala Liga di Stadium Tottenham Hotspur.


The Blues yang mendahului 2-0 daripada perlawanan pertama di Stamford Bridge sebelum ini, menyaksikan pemain pertahanan Rudiger memberikan The Spurs tekanan apabila menyambar bola dari sepakan sudut Mason Mount pada minit ke-18.


Chelsea, yang bakal berdepan Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris pada Sabtu, akan menentang pemenang aksi Liverpool dan Arsenal bagi lawan di pentas final.


"Kami gembira dengan keputusan ini. Pada separuh masa pertama kami pasukan yang lebih baik dan berhak untuk bangkit.


“Cuma kami hilang tumpuan dan hilang fokus pada 15 minit terakhir separuh masa pertama dan sekali lagi pada separuh masa kedua.


Kami hampir dihukum kerana kurang fokus," kata Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/182777/BERITA/Sukan/Chelsea-mara-ke-final-Piala-Liga

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

bottom of page