• newsatmy

Chelsea turut mengesahkan keluar dari ESL

21 April 2021

PARIS: Chelsea yang menjadi kelab terakhir menandatangani dokumen menyertai Liga Super Eropah (ESL) sebelum ini, mengesahkan lewat malam tadi akan turut keluar daripada saingan kontroversi berkenaan.


"Kelab Bolasepak Chelsea boleh mengesahkan sudah memulakan prosedur untuk menarik diri daripada kumpulan pelan pembangunan Liga Super Eropah," kata kenyataan kelab itu menerusi laman sesawang mereka.


Lima kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Manchester United, Liverpool, Arsenal, Tottenham dan Manchester City sebelum ini sudah mengumumkan keluar daripada ESL.


-Berita Harian