top of page
  • cik skod

China jadi tuan rumah acara badminton antarabangsa pertama sejak ditangguh pada 2019


SHANGHAI, 30 Sept- China akan menjadi tuan rumah kejohanan badminton antarabangsa pertamanya sejak ia ditangguhkan susulan penularan wabak COVID-19 pada tahun 2019. Persekutuan Badminton Dunia (BWF)memaklumkan, Perlawanan Akhir Jelajah Dunia akan berlangsung di Guangzhou pada 14 hingga 18 Disember depan. Bagaimanapun BWF tidak menyatakan sama ada acara tersebut akan diadakan dalam 'gelembung sukan'.


Perlawanan Akhir Jelajah Dunia tersebut bakal menyaksikan lapan pemain teratas dalam setiap kategori berentap merebut "hadiah terbesar" dalam arena badminton, menurut BWF. "Kami tetap yakin bahawa tuan rumah akan menganjurkan acara akhir yang menakjubkan dengan standard keselamatan dan keselesaan yang tinggi untuk pemain," ujar Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund. -AFP

bottom of page