• newsatmy

Cincin dan tarikh sudah ada, LMK beri bayang bakal berkahwin?

18 NOVEMBER 2021

PETALING JAYA: Selebriti media sosial, Little Miss Khan (LMK) memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga dengan memuat naik foto sebentuk cincin emas putih bermata berlian.


Adik kepada pengacara dan usahawan, Neelofa itu menjawab soalan yang diajukan pengikutnya di ruangan Ask Me Question.


Kata Ameera, 21, dia merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun 2022, sudah mempunyai tarikh perkahwinan dan cincin namun masih belum mempunyai calon suami.


“Belum lagi tetapi cincin dan tarikh kahwin sudah ada, sedang mencari jodoh ketika ini. InsyaAllah pada tahun hadapan. Saya cuma cakap tahun 2022 dan terus berdoa perkara tersebut akan terjadi,” ujarnya.


Tidak memandang wajah dan juga wang ringgit, LMK atau pemilik nama penuh, Nur Ameera Khan mencari calon suami yang dapat membimbingnya ke arah yang lebih baik.


“Seorang lelaki yang patuh pada Yang Maha Esa,” katanya.


Sebelum ini, timbul desas-desus LMK menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon kacak Indonesia, Jefri Nichol apabila mereka dilihat saling berbalas komen di Instagram.


Tidak bertahan lama, Ameera kemudian dilihat tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram dan bertindak memadam semua komen di gambar pelakon filem Kuntilanak itu.