- newsatmy
Citayam Fashion Week Tak Seindah Seperti Yang Disangka, Ramai Hilang Motor & Telefon Bimbit
Jakarta 31 julai:Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial berkenaan Citayam Fashion Week yang berlangsung di Indonesia. Buat yang tidak tahu, Citayam Fashion Week merujuk kepada aktiviti sekumpulan remaja yang berkumpul di Sudirman Street untuk memperagakan pakaian mereka.
Citayam Fashion Week ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga Indonesia, sehingga ada yang memberi amaran kepada warganet Malaysia agar tidak meniru kebanggaan mereka.
Bagaimanapun, tidak semuanya indah di dunia ini. Menurut laporan polis di sana, berlakunya peningkatan aktiviti jenayah di sekitar lokasi Citayam Fashion Week yang dilaporkan oleh pengunjung di sana.
Berdasarkan laporan yang diterima, sekurang-kurangnya lima orang akan datang membuat laporan berkenaan telefon bimbit mereka yang hilang. Sehingga kini, sudah 50 mangsa yang melaporkan telefon bimbit mereka dicuri.
Tidak cukup dengan itu, ada juga beberapa individu yang melaporkan motosikal mereka tiba-tiba hilang ketika mereka sedang sibuk menggayakan pakaian di Citayam Fashion Week.
Jelas pihak polis, ada juga beberapa laporan kehilangan yang tidak benar. Sebagai contoh, ada beberapa pengunjung yang melaporkan kehilangan motosikal. Namun selepas diperiksa, individu tersebut hanya terlupa lokasi parkir motosikal.
Untuk rekod, kejayaan Citayam Fashion Week mendapat perhatian Presiden Indonesia, Joko Widodo yang menasihati pengunjung agar tidak mengganggu ketenteraman awam di sana.
kompas
Comments