• newsatmy

COVID-19: 2,154 kes baharu, enam kematian

5 Mac 2021

KUALA LUMPUR - 2,154 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini kini sebanyak 310,097 kes.


Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, sebanyak lima kes import dikesan yang menerima jangkitan daripada luar negara.


Turut dilaporkan jumlah kes yang sembuh pula adalah sebanyak 3,275 kes. Ini menjadikan kes keseluruhan yang sembuh kepada 286,904 kes.


“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 telah menjadi sebanyak 22,034 kes,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.


Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, kes kematian baharu terus meningkat sebanyak enam kes menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 1,159 kes.


Bagi kes harian mengikut negeri, Selangor masih berada di kedudukan tertinggi pertambahan kes harian baharu dengan sebanyak 794 kes diikuti Johor 463 kes, dan Kuala Lumpur 108 kes.


Setakat ini, sebanyak 184 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 87 kes memerlukan bantuan pernafasan.


Jumlah keseluruhan kes sembuh kini telah meningkat sebanyak 3,275 kes berikutan pertambahan kes sembuh hari ini sebanyak 286,904 kes. - AA