top of page
  • Writer's pictureNihaba

COVID-19: 59 lagi kematian direkod, 10 BID

11 November

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 59 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.


Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 29,486 kes, daripada 2,516,992 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.


Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 10 daripada 59 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sarawak kembali merekodkan angka tertinggi kematian apabila 12 pesakit meninggal dunia, termasuk lima kes BID, menjadikan kumulatif keseluruhan di negeri itu sebanyak 1,476 kes.


Manakala Sabah merekodkan 11 kematian baharu; diikuti Perak (lapan); Kedah (lima); dan masing-masing empat di Kelantan, Pulau Pinang, dan Terengganu.


Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing mencatat tiga kes kematian; Johor (dua) dan masing-masing satu di Melaka, Negeri Sembilan, dan Pahang.

Tiada kes kematian direkodkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya.

bottom of page