• newsatmy

Covid-19: Berwaspada dan jangan ambil mudah, titah Sultan Ibrahim


Menerusi hantaran di laman rasmi Facebook baginda Sultan Johor bertitah, masyarakat perlu terus mematuhi amalan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.


“Antara langkah pencegahan yang perlu sentiasa diamalkan rakyat dalam memutuskan rantaian wabak itu termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan membasuh tangan dengan kerap, selain menggunakan cecair pembasmi kuman.


“Pada masa sama, masyarakat diingatkan supaya mengelakkan daripada menganjurkan sebarang majlis yang boleh mengundang kepada orang ramai berkumpul (di sesuatu tempat), berikutan dikhuatiri terdedah kepada risiko (dijangkiti). (Oleh itu) janganlah leka atau memandang ringan akan penularan wabak berkenaan.


“Masyarakat juga perlu saling menjaga kesihatan anggota keluarga dengan mengamalkan SOP serta bagi mengelakkan terdedah kepada bahaya jangkitan,” titah baginda lagi, rentetan daripada peningkatan kluster baru Covid-19 yang dikesan di Johor dan dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai implikasi negatif kepada masyarakat.


Baginda bertitah dan mengingatkan bahawa penularan wabak Covid-19 ini merupakan ujian daripada Allah kepada hambaNya di muka bumi ini, namun setiap ujian yang melanda pasti mempunyai hikmah tersendiri.


#Sultan #Johor #titah #rakyat Johor #jaga #kesihatan #pandemik #Covid19

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.