• newsatmy

COVID-19: Bimbang nanti ada sekolah tidak ditutup kerana takut dikompaun - Maszlee

22 April 2021

KUALA LUMPUR: “Keputusan itu hanya menganiaya guru-guru dan pemimpin sekolah.”


Itu reaksi bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkenaan cadangan mengenakan kompaun terhadap pihak sekolah jika didapati wujud kluster di situ.


Menurut Maszlee yang juga merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam, tindakan itu akan membuatkan ada pihak sekolah takut untuk menutup sekolah kerana tidak mahu dikompaun.


“Saya yakin pihak sekolah telah lakukan sebaik mungkin untuk mengikuti SOP.


"Siapa yang mahukan guru dan muridnya terdedah kepada COVID-19?


“Risikonya nanti ada sekolah yang tidak tutup kerana takut dikompaun walaupun ada kes,” kata Maszlee di akaun Twitternya pada Khamis.


Terdahulu Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan menyatakan tindakan kompaun mungkin akan dikenakan kepada pihak sekolah sekiranya didapati wujud kluster baharu berpunca daripada pengabaian prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.


Namun perkara itu masih di peringkat cadangan.


Bagaimanapun ia telah bincangkan dalam mesyuarat 'task force' yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

-Astro Awani