top of page
  • Writer's pictureNizam

COVID-19: Britain catat kematian pertama akibat varian Omicron

14 Disember 2021

BRITAIN pada Isnin mengesahkan kematian pertama akibat varian baharu COVID-19, varian Omicron,


Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Boris Johnson, ketika negara berkenaan melancarkan program suntikan penggalak untuk hentikan penularan varian baharu berkenaan.


Menurut Johnson, 40 peratus daripada kes COVID-19 di England, adalah berpunca daripada varian Omicron.Kata beliau, sekitar 40 peratus jangkitan di ibu kotanya, London adalah disebabkan jangkitan varian berkenaan sejak ia dikesan pada 27 November yang lalu.


"Malangnya, sekurang-kurangnya seorang pesakit disahkan meninggal dunia akibat Omicron.

"Jadi sekarang ini kita melihat virus ini semakin serius. Ini perkara yang perlu kita ambil kira dan kita ikuti fasa penularannya dalam kalangan populasi kita," katanya.

Beliau turut tegaskan langkah kecemasan akan dilaksanakan dalam masa terdekat, bagi mengelakkan tekanan ke atas sistem kesihatannya.


Britain, salah satu negara paling terjejas dengan COVID-19, catat 146,000 kematian tahun lepas.Ketika ini semua individu dewasa bakal menerima dos penggalak menjelang hujung disember.


Sementara itu, Setiausaha Kesihatan UK, Sajid Javid jangkakan kes kematian akibat varian Omicron meningkat mendadak dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Sehubungan itu perkhidmatan kesihatan akan kembali diletakkan ke tahap persediaan kecemasan bagi berdepan situasi ituBeliau juga memaklumkan proses suntikan dos penggalak akan dipercepatkan.Setakat ini, Britain merekodkan 10 kes kemasukan ke hospital akibat varian Omicron.


bottom of page