top of page
  • newsatmy

COVID-19 Johor: 111 kontak dikuarantin, Pegawai polis IPD Iskandar Puteri positif COVID-19


Seorang pegawai polis berpangkat inspektor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, disahkan positif COVID-19.


Seramai 111 kontak rapat seorang pegawai polis berpangkat inspektor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri diarahkan menjalani kuarantin di rumah bermula 30 November lalu setelah pegawai terbabit didapati positif COVID-19.


"Pegawai terbabit sebelum ini berinteraksi dengan seorang suspek yang positif COVID-19 di luar kawasan IPD”, kata Ketua Polis Johor.


"Kita bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk mengawal dan mengelakkan penularan, justeru ramai pegawai dan anggota diarah jalani kuarantin", kata Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay selaku Ketua Polis Johor ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Modul Kesedaran Jenayah, Dadah dan Sosial (MEKAR) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.


Tambahnya lagi, 111 individu terlibat terdiri daripada 36 pegawai, 71 anggota, seorang kakitangan awam dan tiga ahli keluarga dan operasi IPD terbabit kini dibantu oleh pegawai dan anggota IPK Johor berikutan bilangan yang dikuarantin terlalu ramai.


#ketua polis johor #Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

bottom of page