top of page
  • newsatmy

Covid 19-Kes baharu hari ini lebih tinggi berbanding semalam

22 Oktober-KUALA LUMPUR

Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 yang dicatatkan hari ini masih berada di paras 6,000 kes.

Kes baharu yang dicatatkan hari ini adalah sebanyak 6,630 meningkat sedikit berbanding semalam yang merekodkan 6,210 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 2,420,222 kes.

Pertambahan kes hari ini menyaksikan Malaysia melaporkan statistik harian Covid-19 melebihi 6,000 kes dua hari berturut-turut.-AD


bottom of page