Nizam
covid 19-Kes jangkitan baharu dan kemasukan ke hospital meningkat
21 Oktober-KUALA LUMPUR

Kes harian jangkitan baharu Covid-19 hari ini telah merekodkan 6,210 kes .Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara adalah sebanyak 2,413,592 disepanjang pendemik covid-19
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah memberitahu kes baharu yang direkodkan pada hari ini mencatatkan sedikit peningkatan berbanding semalam yang hanya sebanyak 5,516 kes direkodkan.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my pada malam ini.
Selain itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar melalui data yang telah berkongsi data menunjukkan kemasukan pesakit ke hospital di Lembah Klang serta Sarawak meningkat dalam tempoh tujuh hari.
Khairy juga berkongsikan data,negeri Selangor menunjukkan peningkatan rawatan ke hospital sebanyak 23 peratus, diikuti Sarawak (16 %), Kuala Lumpur (12 %) dan Putrajaya (5 %)).
Khairy berkata ia adalah antara petunjuk penting yang perlu diberikan perhatian oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Melalui ciapan Twitternya, Khairy turut memuat naik data daripada COVIDNOW, yang menunjukkan trend berkaitan pandemik Covid-19 di Malaysia.
“Analisis dan pemerhatian kita akan terus ditingkatkan,” katanya.
Berdasarkan data berkenaan, sebanyak 1,589 purata kes kemasukan ke hospital sehari akibat Covid-19 direkodkan dalam tempoh tujuh hari lalu. Penggunaan katil di hospital adalah pada kadar 67 peratus.
Selain itu, sebanyak 6,550 purata kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh tujuh hari lalu, dengan kadar positif adalah 5.5 peratus.
Jumlah kematian yang dilaporkan dalam tempoh 14 hari lalu di seluruh negara adalah sebanyak 790 kes.