top of page
  • Writer's pictureNizam

COVID-19: Kilang biskut Hwa Tai diarah tutup

12 november

KUALA LUMPUR: Hwa Tai Industries Bhd menutup sementara kilangnya di Taman Perindustrian Tongkang Pecah di Batu Pahat, Johor bermula semalam sehingga 20 November ini bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 di premis miliknya.

Syarikat itu, dalam makluman berkata Bursa Malaysia berkata ia menerima notis daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 10 November lalu untuk menutup sementara premis berkenaan.


Hwa Tai berkata, penggantungan sementara operasi itu dijangka mengurangkan output pengeluaran kilang terbabit semasa penutupan, justeru menangguhkan penghataran produk bagi tempahan domestik dan antarabangsa sepanjang tempoh berkenaan.

"Syarikat bekerjasama rapat dengan KKM untuk melaksanakan langkah-langkah membendung penularan COVID-19 di premis bagi menjamin keselamatan serta kesejahteraan semua kakitangan," katanya sambil menambah kilang itu akan menyambung operasi selepas 20 November ini, tertakluk kepada arahan selanjutnya daripada KKM.


Hwa Tai berkata, buat masa ini ia masih tidak dapat menganggar atau menentukan impak penggantungan sementara operasi itu terhadap kedudukan kewangannya.


-BERNAMA


bottom of page