Arissa Azman
Covid-19: Malaysia lebih baik menangani wabak berbanding beberapa negara maju
25 Jun 2021

Jika dilihat pada statistik di atas, kita dapat katakan bahawa Malaysia berjaya mengurus wabak pendemik Covid-19 ini.
Malaysia di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan dalam menangani COVID-19.
Malaysia telah diiktiraf antara negara yang amat berjaya di dunia dalam mengawal dan menguruskan wabak COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ramai rakyat keliru dengan pelbagai gambaran bahawa negara kita telah gagal dalam menangani pandemik Covid-19 yang digempar-gempurkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab, termasuk pihak pembangkang sendiri sehingga keluarnya tanda pagar kerajaan gagal.
Namun, jika kita lihat pada statistik di atas, Malaysia jauh lebih baik dan masih lagi berada dalam keadaan terkawal di mana kadar kematian per kes kita jauh lebih rendah berbanding negara-negara maju yang lain.
Malah kadar kes per populasi juga, kita lebih rendah berbanding negara-negara maju, kita masih di bawah angka juta.
Walaupun ada yang berkata bahawa negara maju bakal menamatkan lockdown mereka pada masa akan datang, namun tidak mustahil peningkatan kes covid mereka akan meningkat jikalau mereka tidak mengambil langkah berjaga-jaga.
Kerajaan tidak memandang remeh sesuatu isu sekiranya ia melibatkan kesejahteraan rakyat walaupun Malaysia tidak mempunyai pengalaman berhadapan dengan wabak sedemikian dalam tempoh lebih 60 tahun.
Kalau di negara lain, mereka memilih kemasukan pesakit ke hospital kerana tiada kapasiti, hospital, doktor dan ubat tidak mencukupi, jadi, terpaksa ambil pesakit tertentu sahaja.
Tetapi di Malaysia, setiap nyawa penting.
--PN Online