• newsatmy

COVID-19: Nilai R-naught negara naik 1.06, Pahang tertinggi

18 Mei 2021

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di Malaysia pada Isnin meningkat pada kadar 1.06 berbanding 1.05 hari sebelumnya.


Pahang mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.26.


Manakala negeri dan wilayah lain yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi dan melebihi angka 1.0 adalah Putrajaya, Perak, Pahang, Kedah, Melaka, Pulau Pinang dan Terengganu.


Turut mencatat nilai R-naught lebih 1.0 ialah Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah.


Sarawak, Sabah dan Kelantan merekodkan kadar kebolehjangkitan di bawah angka 1.0.


Sementara itu Perlis dan Labuan masing-masing merekodkan dua kes baharu COVID-19.


Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.


Manakala yang tertinggi pernah dicatatkan ialah 1.19 pada 17 April lalu.


Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.


-Astro Awani