top of page
  • newsatmy

COVID-19: PKP secara penuh bukan pilihan sesuai - MICCI

20 Mei 2021

SHAH ALAM: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh bukan pilihan yang sesuai dalam menurunkan bilangan jangkitan kes COVID-19 di negara ini.


Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MICCI), Datuk Tan Cheng Kiat berkata pengalaman yang diperoleh daripada PKP 1.0 menunjukkan bahawa penurunan kes telah berjaya bagaimanapun kemerosotan ekonomi negara tidak dapat dipulihkan.


Menurut beliau, prosedur operasi standard (SOP) yang jelas dan penguatkuasaan sewenang-wenangnya juga mempengaruhi perniagaan.


“Ini kerana perniagaan tidak mempunyai suis hidup disebabkan kurangnya perundingan dengan industri yang akan menyebabkan kelemahan semua perniagaan.


“Apabila perniagaan tidak dapat beroperasi, tiada aliran pendapatan daripada kegiatan ekonomi dapat dijanakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Dalam pada itu, Cheng Kiat berkata, MICCI tidak percaya bahawa PKP 1.0 merupakan pilihan yang sesuai disebabkan SOP bekerja dari rumah dapat dilaksanakan dengan agensi penguatkuasaan yang diberi penerangan dengan betul.


Tambah beliau, kerajaan perlu memberikan sektor swasta untuk membantu mempercepatkan vaksinasi seawal mungkin agar ia menjadi pilihan terbaik untuk negara kembali normal dan perniagaan dapat dikekalkan.


MICCI juga sentiasa menyokong kerajaan dalam memerangi pandemik COVID-19 yang hampir mencapai titik putus.


Artikel asal di Sinar Harian

bottom of page