top of page
  • newsatmy

Covid-19, Rakyat dan Ekonomi


Pada sidang media tempoh hari, kerajaan pusat telah memutuskan untuk melaksanan penutupan sektor social dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.


Sepanjang tempoh ‘total lockdown’ ini, semua sektor adalah tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan yang perlu dan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan Dan Infrastruktur Negeri Johor, yang juga merupakan Ketua Penerangan Bersatu Negeri Johor, YB Tuan Haji Muhd Solihan Bin Badri turut menyuarakan pendapatnya tentang PKP 3.0 ini didalam video di bawah.


Bagi menghadapi PKP 3.0 ini, pihak kerajaan terus menyusun strategi untuk memastikan kelangsungan hidup rakyat dapat diteruskan dan pembangunan ekonomi tidak merundum.


Kali ini kerajaan telah memperkenalkan Program Strategi Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA +) dengan nilai keseluruhannya sebanyak 40 Billion ringgit.


Seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemberian dos vaksin pada bulan Mei telah pun mencapai purata 80,000 dos sehari.


Beliau turut menjangkakan sasaran 150,000 dos sehari melalui penambahan terimaan vaksin yag dijalankan tempoh hari.


Berdasarkan unjuran, pelaksanaan PICK secara keseluruhan disasarkan untuk selesai menjelang bulan Disember 2021 dengan negeri berkepadatan penduduk tinggi seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang menjelang Oktober.


Kerajaan telah mengambil inisiatif dengan mengarahkan penggunaan jentera kerajaan bagi memudahkan penghantaran pergi dan balik penerima vaksin terutama sekali warga emas yag memerlukan bantuan.


Bagi peniaga kecil, penjaja jalanan dan termasuklah pengusaha mikro pula, sekiranya ingin mendapatkan mikro kredit sebagai modal kerja, sebanyak RM1.5 bilion ringgit disediakan sepanjang tahun ini oleh BSN, TEKUN, MARA, SME Corp dan YAPIEM dengan kadar pembiayaan seredah 35 sahaja.


Program Jaringan Prihatin bernilai RM2 bilion ringgit yang juga dilancarkan pada Mei lalu bagi membantu 8.4 juta penerima BPR untuk melanggan perkhidmatan telekomunikasi atau mendapatkan peranti telefon mudah alih dan program e-Belia telah dibuka pendaftran mulai 1 Jun lalu bagi membolehkan 2 juta belia dan pelajar IPT yang layak untuk mendapatkan kredit bernilai RM150 dari penyedia perkhidmatan ‘e-wallet’.



“Disini, saya selaku Ketua Penerangan Bersatu Johor ingin menyeru agar semua mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar dapat memutuskan rangkaian Covid-19 ini” katanya.


- PN Online





bottom of page